I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 25 February 2012

umie,,mama..ibu,,mommy,,

semua orang sayangkan emaknya sendiri.. tak kiralah korang panggil emak korang ibu ke, ummi ke, mama atau mummy pun. dia pun tetap perempuan yang melahirkan korang . betul tak? dan di tapak kaki ibulah tempatnya syurga kita. ok tu semua orang tahu^^


sebagai seorang student yang duduk jauh dari mak ayah.mak ayah kita jugalah yang masih tanggung kita. segala makan minum pakai kita walaupun kita belajar jauh. lainlah ceritanya pulak kalau yang dah kawin. bila dah jauh rindu pulak. homesick orang kata. tu pun aku akui sendiri.. tak tahan wo~

kat sini ada beberapa tips aku nak senaraikan untuk elak bagi emak korang sakit hati bila korang duk jauh jauh ni..

1. jangan call emak time poket kering je
aku pun akui.. aku selalu gak dulu call mak time takda duit. then lama lama aku fikir aku rasa tak baik aku buat gitu kat mak aku kan. call semata mata nak mintak duit. kalau poket tak kering tak call la.diam diam , mak kita boleh sakit hati tau. walaupun mak akupaksa rela je bagi aku duit demi tanak bagi aku susah duk jauh jauh nanti.dan mak aku bukan seorang mak yang senang senang je nak bagi anaknya senang dengan duit. aku pun turut diajar susah susah dengan duit RM10 bila 2 minggu lagi baru elaun keluar.tell me how ur will survive??


2. Bila keluar beritahula kat emak
dulu pun aku tak bagi tahu pun kat mak aku bila nak keluar shopping ke atau bercuti.bukan sebab takut mak tak bagi pergi. tapi sebab takut mak banyak tanya. perangai yang langsung tak boleh dicontohi. tapi sekarang dah taat. tanak lah jadi macam orang lain taat kat boyfriend je dari taat kat mak.tu belum kira taat kat Allah-.-" agaknya ape perasaan mak kita bila dia dapat tahu yang kita keluar .tahu pun dari mulut orang lain.can u imagine how hurts she is?


3.jangan mintak wang lebih dari kemampuannya
semua orang tahu.. cari rezeki tu susah. bila ada rezeki ada lah lebih yang dapat. bila tak da rezeki  kurang la yang dapat.dan keluarga aku sederhana sahaja.maknanya kalau ada rezeki lebih aku pun turut dapat lebih sikit.. hahaha^^ dan begitu la sebaliknya kalau kurang rezeki.. mak aku selalu cakap " adik ingat mak ni tukang cop duit ke?? kalau mak tukang cop duit. berape ribu adik nak pun mak bagi la" itu la jawapan yang selalu diberikan. dah macam jawapan kepada soalan bocor je-.-" so sekarang kalau nak mintak duit kena redha je berapa dapat sambil buat suara sangat sangat kesian^^


so kita ni sebagai anak.. perlu lah menjaga hati mak kita sendiri. kesian mereka kan. tanak ke duduk kat syurga? kalau nak jangan lah sakitkan hati mereka ye^^

entry ni  sebagai peringatan untuk aku dan korang juga^^

No comments:

Post a Comment